Aktivitiku

Jumaat, 13 Januari 2012

Sahabat

  •  Jika anda ingin seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinlah dahulu bahawa anda sahabat karibnya...
  • Buku adlah seperti sahabat. Sepatutnya sedikit tetapi dipilih dengan baik.
  • Piji-pujian itu nampak sahaja maca, sahabat.Ia seperti juga serigala yang kita sangka hanya seekor anjing
  • Sahabat ialah sebenarnya diri kita yang kedua.
  • Suami isteri adalah sahabat yang diiktiraf oleh masyarakat.
  • Dengan wang, kita boleh dapat kawan tetapi bikan sahabat..
  • Sahabat ialah seorang yang memahami masa lampau anda, yakin dengan masa depan anda dan menerima anda seperti  mana anda sekarang.
  • Mungkar Nangkil akan menyoal kita sebaik sahaja orang meninggalkan kubur kita tujuh langkah. Di dunia pula, kita akan diumpat sebaik sahaja kita tinggalkan kawan-kawan tidak sampai pun tujuh langkah
  • Persahabatan adalah benda hidup  yang hanya boleh bertahan  lama bersama kebaikan, persefahaman, pembelaan dan keikhlasan.
  • Kawan lama samalah dengan keris lama. Kita jarang-jarang sekali melihatnya.
  • Persahabatan yang musnah adalah macam kita memakai baju mahal yang bertampal.
  • Persahabatan tidak banyak beza dengan persaudaraan ia mengandungi  unsur-unsur pengoorbanan.
  • Persahabatan tidak akan wujud  kalau jumlahnya ramai.
  • Matahari memanaskan udara, tetapi persahabatan itu memanaskan jiwa.
  • wanita jarang sekali ada kawan tetapi  banyak berlawan-lawan.

  ......... ops..itulah catatn ringkas mengenai sahabat yang aku copy dari mana ntah... apapun aku nak abadikan juga pic-pic yang menarik dari sahabatku...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan